Seorang lelaki sempat mengejutkan sepupunya menyelamatkan diri sebelum dia ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Hutan Betut, Mergong, Kedah, pagi ini.

Terdahulu, kediaman sepupunya yang terletak bersebelahan kediaman mangsa musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 5.15 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat  negeri Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa dikenali Mohamad Nazri Mohamad Saad 48 tahun.

Ketika ditemui mangsa telah jatuh ke dalam sungai dipercayai dalam usaha mangsa menyelamatkan diri.

5 buah kereta dan dua sebuah motosikal yang diletakan dikediaman dua tingkat itu, turut musnah dijilat api.

Dua buah jentera bomba dan penyelamat masing-masing dari Jalan Raja dan Alor Setar dibantu 20 anggota pasukan bomba sukarela, berjaya memadamkan kebakaran.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini