Di Indonesia, seorang lelaki 50an menangkap buaya sepanjang 4 meter dan seberat 1 tan seorang diri.

Menurut akhbar tempatan, lelaki dikenali Usman terserempak buaya terbabit di dalam sebuah kebun. Dia hanya menggunakan tali dan mengambil masa sejam untuk memerangkap haiwan tersebut.

Haiwan itu dikatakan sering muncul di kawasan kediaman dan membahayakan nyawa orang ramai.