Seorang lelaki tempatan dipercayai terbabit 15 kes curi tabung masjid dan pecah rumah di Kelantan sejak Ogos lalu, diberkas polis.

Siasatan awal mendapati, suspek berusia 20-an itu positif dadah Methamphetamine dan memiliki 17 rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Ganti Jimmy berkata, suspek ditahan dalam serbuan di rumahnya dekat Kampung Lakloh, Machang, pada 25 Oktober lalu. Turut dirampas, telefon bimbit, komputer riba, tabung masjid dan wang tunai.

Beliau turut memaklumkan, suspek baru saja dibebaskan dari penjara tahun lepas.

Dia dipenjara atas kesalahan pecah rumah.


MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini