Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas bapa tirinya, 15 Februari lalu.

Tertuduh, Mohamad Farol Rafiq Md Rodzi, 29 tahun membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Nadhirah Abdul Halim.

Majistret Nadirah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan penilaian kesihatan tertuduh.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah, Nur Hamizah Mat Shah.

Manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, YBGK, Farahdina Che Bakar.
 
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Nordin Ahmad, 72 tahun di sebuah rumah di Kampung Ruat, Yan, kira-kira pukul 7 pagi.
 
Kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini