Seorang lelaki yang terjatuh ketika memancing di Sungai Bidara, Sungai Kerang, Taiping, Perak semalam, ditemui lemas hari ini.

Mayat mangsa, Mohd Hafiz Hashim, 26 tahun, ditemui kira-kira jam 9.26 pagi. Mangsa dikatakan terjatuh dari bot ketika keluar memancing di sungai berkenaan bersama seorang rakannya, awal pagi semalam.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sejurus polis memaklumkan menerima laporan daripada rakan mangsa.

Mangsa ditemukan di sekitar lokasi dipercayai tempat dia terjatuh. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini