Seorang pereka grafik dan penulis dari Britain, Thomas Thwaites telah memutuskan untuk menjadi seekor kambing.

Pernah tular beberapa tahun lalu, lelaki itu dikatakan tertekan dengan hidupnya pada ketika itu sehingga membuatkannya digelar sebagai GoatMan.

Menerusi wawancaranya bersama Vogue, Thomas berkata, dia melalui tempoh waktu yang sukar membabitkan hubungan percintaan, kerjayanya dan masalah hutang.

Selepas melakukan persediaan selama berbulan-bulan, Thomas akhirnya berjaya mencapai impiannya untuk menjadi kambing iaitu dengan menyertai sekawan kambing di kawasan pergunungan Switzerland.

Menariknya, dia juga telah mencipta pakaian khusus untuk tujuan itu iaitu sepasang kaki kambing dan usus kambing buatan manusia yang boleh menghadam rumput untuknya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini