Polis Kelantan berjaya merampas 2,474 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM277,000 di sebuah rumah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Nor Yhazid Idris berkata, dalam serbuan Op Kontraban pada pukul 10 malam itu, seorang lelaki turut ditahan. Hasil soal siasat, suspek berumur dalam lingkungan 30-an itu mengaku terlibat dalam kegiatan penyeludupan rokok tanpa cukai sejak Mac tahun ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan rokok berkenaan untuk pasaran tempatan. Suspek direman hingga 16 Jun depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini