Seorang lelaki yang sedang fokus bersenam di sebuah gimnasium di Colombia secara tiba-tiba kelihatan seperti diseret oleh sesuatu melalui rakaman cctv.

Sebelum itu, ketika dia sedang memanaskan badan, barang-barang di sekelilingnya bergerak dengan sendiri.

Pada ketika itu, lelaki tersebut sudah mula berasakan bahawa ada yang tidak kena dan memutuskan untuk pergi meninggalkan tempat itu.

Namun semasa sedang bersiap untuk pergi, kakinya seakan ditarik dan diseret oleh sesuatu yang tidak kelihatan

Dalam video yang berikutnya, lelaki itu dilihat memberitahu seorang staf di tingkat bawah bagi menjelaskan berkenaan apa yang baru sahaja terjadi kepadanya.

Video berkenaan telah ditonton lebih 15 juta kali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini