Demi meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim, seorang lelaki sanggup menunggang basikalnya di atas sebilah turbin angin sepanjang 70.10 meter dan setinggi kira-kira 150 meter.

Lelaki itu dikenali sebagai Danny MacAskill, berusia 35 tahun, dari Scotland dan merupakan seorang pelumba basikal aksi lagak ngeri.

Beliau berbasikal di sepanjang bilah turbin yang tinggi di Alveston Wind Park di Gloucestershire, England.

Aksi itu dilakukan menjelang Persidangan Perubahan Iklim COP26 yang sedang berlangsung dari 1 hingga 12 November depan di Glasgow, Scotland.

MacAskill menyahut cabaran berani tersebut dalam usaha menunjukkan sebahagian besar bekalan tenaga elektrik berasal daripada sumber boleh diperbaharui.

Turbin angin merupakan salah satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang berfungsi untuk menghasilkan tenaga elektrik yang bersih.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini