Seorang lelaki warga Perancis, Remi Ouvrard, memecahkan rekod dunia dengan berdiri di atas belon udara panas pada ketinggian 4,016 meter atau 13,175 kaki.

Secara kebetulan, rekod sebelumnya 1,217 meter turut dipegang Ouvrard.

Ouvrard, 28 tahun berdiri di atas belon udara panas selama satu setengah jam, manakala bapanya, Jean-Daniel Ouvrard mengemudi belon itu pada ketinggian lebih 3,637 meter.

Aksi tersebut adalah sebahagian daripada kempen Telethon di barat Perancis.

Ia merupakan kempen tahunan mengumpul dana untuk penyelidikan dan advokasi berkaitan penyakit neuromuskular yang jarang berlaku. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini