Jenazah dua beradik dan sepupunya yang lemas ketika berkelah di kawasan air terjun Lata Changkah, Ulu Seladang, Setiu, Terengganu, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.

Jenazah Syariatul Nurfatihah Mohd Dera, 28 tahun, Syariatul Noor Safiqa Mohd Dera, 26 tahun, Siti Aisyah Mazalan,19 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.

Terdahulu ketiga-tiga mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

Jenazah tiga bersaudara itu disembahyangkan di Surau Kampung Hilir Maras, Batu Rakit.

Pada kejadian semalam, ketiga-tiga mangsa ditemukan lemas selepas berkelah bersama ahli keluarganya.

Kejadian berlaku di kawasan air terjun Lata Changkah Ulu Seladang, Setiu kira-kira pukul 2.30 petang.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika salah seorang mangsa telah tergelincir lalu terjatuh sebelum menarik dua lagi mangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini