Seorang lelaki lemas selepas bot yang dinaiki bersama dua rakan terbalik ketika memukat ikan di Ladang Rakyat, Mak Lagam, Kemaman.
 
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu terus mengingatkan orang ramai supaya mematuhi amaran tidak melakukan sebarang aktiviti di air sepanjang musim tengkujuh. 


Pengarah JBPM Terengganu, Mohd Hilman Abd Rashid berkata keadaan ombak yang tinggi serta air pasang besar adalah berisiko kepada pengunjung.

Justeru itu rondaan serta peringatan berterusan akan terus dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
 
 Beliau ditemui selepas membuat rondaan air pasang besar di Kampung Duyong, Kuala Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini