‘Kami berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan beliau memiliki saham dengan jumlah yang tinggi’, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah,LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Pihaknya mendapati, Tan Sri Azam tidak mempunyai sebarang kepentingan bagi pembelian mahu pun pemilikan saham itu.

Tan Sri Azam hadir dalam pertemuan dengan LPPR pada 24 November lalu untuk memberikan penjelasan.

Akaun saham Tan Sri Azam telah digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk membeli saham berkaitan pada tahun 2015, dan beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan bagi pembelian mahupun pemilikan saham berkenaan.

Pada masa yang sama, pembelian saham tersebut dibuat di pasaran saham terbuka dan tiada sebarang pencanggahan kepentingan bagi pembelian saham berkenaan pada tahun 2015

Bagaimanapun, kesemua saham tersebut dipindahkan semula kepada Nasir Baki dalam tahun yang sama.

Tan Sri Abu Zahar menjelaskannya dalam sidang media khas di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini