Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, LPNM menyalurkan peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi, PRE sebanyak RM328,555 untuk Negeri Terengganu. 

Iaitu melibatkan insentif bantuan dan peralatan seperti set mesin pam semburan serta insentif lori pengangkut.

Bagi pembangunan tanaman nanas pula, negeri tersebut menerima peruntukan berjumlah RM1.5 juta dibawah skop Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi serta lain-lain peruntukan, melibatkan ladang kontrak serta industri kecil dan sederhana.

Sekaligus menjadikan nilai keseluruhan peruntukan termasuk PRE Prihatin di Terengganu adalah sebanyak RM1.89 juta.

Menurut Ketua Pengarah LPNM, Mohd Khairuzamri M. Salleh, Terengganu mempunyai potensi besar bagi perluaskan kawasan tanaman nanas yang pada ketika ini sudahpun mencecah 300 hektar. 

Antara kawasan penanaman utama nenas adalah terletak di daerah Setiu, Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman. 

Tumpuan pastinya terhadap tanaman nanas varieti premium seperti MD2 untuk pasaran tempatan dan juga eksport.

Beliau berkata demikian pada Majlis Program Penyampaian Insentif PRE Prihatin Pengusaha Nanas Negeri Terengganu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu Dr. Azman Ibrahim di perkarangan Pejabat LPNM Negeri Terengganu Sungai Tong, Setiu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini