Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Asas Haji (KAH) secara dalam talian bermula 19 November hingga 20 Februari tahun depan di seluruh negara secara serentak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary dalam kenyataan berkata langkah itu tepat demi mematuhi prosedur standard operasi (SOP) COVID-19.

Ia seiring kemajuan teknologi selain membolehkan peserta berinteraksi secara langsung sepanjang kursus. KAH merupakan platform kepada bakal jemaah haji dengan modul pengenalan kepada ibadat haji dan umrah yang dilaksanakan secara fizikal.

Antara penekanan adalah berkaitan falsafah haji, sejarah, rukun-rukun haji dan umrah, wajib-wajib haji dan umrah, fardhu ain, perkara berkaitan isu-isu wanita serta taklimat berkaitan kesihatan haji dan pengurusan haji.

Pelaksanaanya dibuat secara dalam talian dan secara langsung di laman YouTube Tabung Haji setiap negeri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini