Sebuah video majlis merisik di daerah Pati, wilayah Jawa Tengah menjadi tular apabila keluarga calon pengantin lelaki membawa banyak hantaran dalam pelbagai bentuk untuk diberikan kepada calon pengantin perempuan.

Menerusi sebuah klip video yang dikongsikan di TikTok, keluarga pihak lelaki dilihat membawa barangan seperti seekor lembu, perabot rumah, pelbagai hasil bumi, motosikal berkuasa tinggi, setandan pisang dan beras.

Kesemua barangan tersebut dibawa oleh beberapa individu dalam kumpulan yang ramai selain majlis itu turut dihadiri ramai tetamu.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai pendapat pada ruangan komen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini