New Zealand merancang mengenakan cukai sendawa bagi haiwan ternakan iaitu biri-biri dan lembu dalam usaha untuk menangani pelepasan salah satu sumber terbesar gas rumah hijau di negara itu.

Ini akan menjadikannya negara pertama mengenakan cukai terhadap penternak bagi pelepasan metana daripada haiwan ternakan mereka.

Hampir separuh pelepasan gas rumah hijau New Zealand datang daripada pertanian dan penternakan terutamanya metana.

New Zealand memiliki kira-kira 10 juta lembu dan 26 juta biri-biri.

Di bawah cadangan itu, penternak perlu membayar cukai pelepasan gas mulai 2025.

Pelan itu juga termasuk insentif untuk penternak yang berjaya mengurangkan pelepasan gas melalui bahan tambahan makanan, atau menjalankan cara pertanian yang mampu mengimbangi pelepasan gas.

Metana ialah gas rumah hijau kedua paling biasa selepas karbon dioksida (CO2).

Ia merupakan satu pertiga daripada punca pemanasan yang terjadi akibat aktiviti manusia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini