Pernahkah anda temui buah-buahan yang saiznya adalah lebih besar daripada biasa? Sebiji buah lemon gergasi yang saiznya hampir sama dengan saiz lengan manusia telah dihasilkan oleh sebuah pokok lemon di Australia.

Buah lemon yang beratnya 2.6 kilogram itu telah diberikan kepada seorang chef iaitu Melissa Palinkas oleh pasangan yang menanam pokok itu di kawasan rumah mereka. Melissa yang berkongsi foto buah lemon itu di Instagramnya mengundang perhatian netizen.

Beliau turut menjelaskan, lemon tersebut merupakan lemon jenis Ponderosa yang berasal dari Amalfi, Itali. Lemon jenis ini tidak mempunyai jus dan isinya boleh dimakan bersama salad. Rata-rata warganet teruja melihat saiz buah lemon itu dan perkongsian itu menerima ratusan tanda suka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini