Jika banjir berlaku, tentunya persediaan dibuat awal, antaranya berpindah ke kawasan selamat untuk mengelak perkara buruk terjadi.

Tetapi menerusi rakaman tular hari ini, seorang pengguna TikTok berkongsi tentang seorang pemuda yang masih lena tidur ketika rumah dinaiki air.

Menerusi rakaman itu, pemuda tersebut dilihat tidur mati, sebelum dikejutkan si rakan.

Dia yang kemudian bangun terpinga-pinga kerana rumah telah dinaiki air. Sehingga kini video berkenaan memperoleh 6.7 juta tontonan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini