Lenggong di Perak menawarkan keindahan alam semula jadi yang boleh dikunjungi rakyat Malaysia sebelum mereka meneroka ke luar negara.
Ahli Parlimennya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyeru orang ramai supaya menghargai khazanah alam negara yang masih tidak diketahui ramai. Pada masa sama, beliau berharap semua pihak memainkan peranan dalam mempromosi destinasi pelancongan tempatan dalam usaha merancakkan kembali sektor pelancongan negara.
Beliau ditemui selepas memperomosi program Lenggong Outdoor Festival 2022 dalam Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri. Program tersebut akan bermula pada 1 hingga 3 Julai ini di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.