Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menolak kemungkinan kegiatan menjual ‘lesen terbang’ secara dalam talian mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan dalam talian atau ëscammerí.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata perkara itu dikesan hasil penyamaran pihaknya bagi mendapatkan maklumat mengenai kegiatan berkenaan sebelum ini.

JPJ juga sedang giat menyiasat serta memantau dengan teliti bagi mengesan dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap sindiket berkenaan.

JPJ turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan pemantauan ke atas tawaran bagi memiliki lesen terbang itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini