Satu letupan dilaporkan berlaku di sebuah pasar raya di Jalan Bako, Kuching, Sarawak, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datu Khirudin Drahman berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun empat unit  kedai dan sebahagian pasaraya itu rosak akibat letupan tersebut.

Letupan turut menyebabkan saluran paip sistem semburan air automatik mengalami kerosakan.

Siasatan awal mendapati letupan dipercayai bermula dari
salah sebuah unit kedai dalam pasaraya berkenaan.
 
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.53  pagi.

Seramai 16 anggota bersama dua jentera bomba dari balai bomba dan penyelamat Tabuan Jaya dan Padungan dihantar ke lokasi kejadian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini