Britain meningkatkan tahap ancaman pengganas negara itu ke tahap kedua paling tinggi susulan kejadian letupan membabitkan sebuah teksi di luar hospital di Liverpool, Ahad lalu.

Menteri Dalam Negeri, Priti Patel, menjangkakan akan berlaku serangan kedua dalam tempoh sebulan.

Letupan di luar Hospital Wanita itu memusnahkan sebuah teksi dan membunuh penumpang di dalamnya yang disyaki membuat alat letupan terbabit.

Polis mengistihar insiden terbabit sebagai ‘serangan penganas’ dan mendedahkan identiti lelaki itu adalah Emad Al Swealmeen, 32 tahun.

Motif serangan masih tidak jelas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini