Korban akibat letupan lombong arang batu di timur laut Colombia meningkat kepada sembilan orang. Kesemua mangsa merupakan pekerja lombong berkenaan.

Tiga daripada sembilan mangsa, disahkan maut, Isnin lalu. Manakala enam lagi, semalam. Agensi Perlombongan Kebangsaan Colombia memaklumkan, dua daripada lapan mangsa yang hilang, telah ditemukan.

Pencarian enam lagi individu yang masih hilang, giat dijalankan 70-anggota penyelamat. Letupan dipercayai berlaku akibat kebocoran gas, hingga memusnahkan 90-peratus kawasan lombong yang terletak di bandar El Zulia, berhampiran sempadan Venezuela.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini