Letusan gunung berapi dan Tsunami Tonga meragut tiga nyawa, setakat ini.

Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri negara kepulauan itu.

Kematian membabitkan wanita warga emas, berusia 65-tahun di Pulau Mango.

Dua lagi merupakan lelaki tempatan 49-tahun dan seorang warga Britain, yang tidak dikongsi identitinya.

Mayat kedua-dua mangsa dijumpai di Pulau Nomuka.

Misi menyelamat bagi memindah penduduk kini sedang giat dilaksana.

Tentera Laut Tonga bersama petugas kesihatan telah digerakkan ke pulai terpencil Ha’apai, untuk menyalurkan bantuan kemanusian.

Ia meliputi barangan keperluan harian termasuk makanan, pakaian, khemah dan ubat-ubatan.

Semua kediaman penduduk di Pulau Mango dan Namuka, dilapor musnah. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini