Letusan Gunung Semeru dibimbangi akan mencetuskan rantaian letusan gunung berapi lain di serata Indonesia.

Menurut laporan status gunung berapi Pusat Mitigasi Bencana Vulkanologi dan Geologi (PVMBG), amaran tahap tiga dikeluarkan minggu ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Antara yang diberi perhatian termasuk Gunung Merapi di sempadan wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta; Gunung Sinabung di Sumatera Utara; dan Gunung Lewotolok di Nusa Tenggara Timur.Letusan Gunung Semeru tempoh hari mengorbankan 46 nyawa dan sekurang-kurangnya 9 lagi masih hilang.

Sementara itu,ratusan keluarga terpaksa cari perlindungan akibat kerosakan harta benda

Semalam, Gunung Merapi memuntahkan kepulan awan panas meliputi radius dua kilometer.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini