Sekurang-kurangnya 1,000 penduduk hilang tempat tinggal susulan letusan Gunung Berapi Semeru meletus lagi dan memuntahkan lebih banyak debu. Agensi Bencana Nasional Indonesia menyatakan, 27 orang masih hilang. Kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda dan barangan mereka, malah ada yang lari meninggalkan kediaman dalam keadaan sehelai sepinggang.

Gunung terbesar di Pulau Jawa itu mengeluarkan bunyi dan memuntahkan abu gunung. Keadaan itu menyebabkan beribu-ribu orang panik dan meninggalkan rumah mereka.

Penduduk menyatakan mereka tidak dimaklumkan mengenai tanda-tanda awal letusan Semeru. Keadaan tiba-tiba menjadi gelap gelita dan ramai penduduk melarikan diri bersama isteri serta anak mereka.

Banyak jalan utama dipenuhi abu gunung berapi dan lumpur. Letusan gunung berapa Semeru juga menyebabkan banyak rumah dan kenderaan rosak. Pasukan penyelamat menyatakan – kemungkinan besar mayat yang belum ditemui tertimbus di bawah aliran lumpur panas. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini