Pihak berkuasa Indonesia memberi amaran kepada penduduk agar kekal berwaspada berikutan keadaan cuaca buruk yang menjejaskan usaha mencari dan menyelamat

Penduduk dinasihat terus mengekalkan jarak selamat dengan gunung berapi berkenaan dan tidak kembali ke kediaman masing-masing buat sementara waktu.

Ketua Balai Cerap Gunung Berapi Semeru, Liswanto, memberi amaran status gunung berapi tersebut masih di tahap 2 yang berpotensi menghadirkan ancaman letusan baharu.

Sehubungan itu, Liswanto berharap penduduk tidak pulang ke rumah untuk memeriksa harta benda dan ternakan mereka. Katanya, pasukan penyembuhan trauma sudahpun dikerahkan untuk mendampingi kanak-kanak yang terjejas.

Selain itu, beratus-ratus bungkusan bantuan, termasuk beras, selimut dan pakaian serta keperluan asas lain juga telah dihantar ke kawasan terjejas. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini