Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi penangguhan bayaran cukai terhadap pembayar cukai dan majikan yang terjejas akibat bencana banjir.

Susulan penangguhan berkenaan, tarikh akhir bayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar bagi Disember ini dilanjutkan hingga 31 Januari depan.

Manakala bayaran ansuran siasatan, audit, pungutan, guaman sivil bagi Januari depan ditangguhkan hingga Februari.

Tarikh akhir bayaran Potongan Cukai Bulanan pekerja bagi bulan saraan Disember pula dilanjutkan untuk diremit hingga 31 Januari.

Bayaran baki cukai dibenarkan penangguhan sehingga ke suatu tempoh yang dimohon oleh pembayar cukai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini