Pembayar cukai disaran membuat semakan status sekatan perjalanan terlebih dahulu sebelum merancang ke luar negara bagi sebarang tujuan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, sekatan perjalanan adalah tindakan yang dikenakan kepada individu dan pengarah syarikat yang tidak menjelaskan Cukai Pendapatan, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Cukai Syarikat.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, pemakluman tindakan tersebut akan dibuat ke alamat terakhir yang dikemaskini oleh pembayar cukai kepada HASiL melalui data percukaian terkini yang direkodkan.

Pembayar cukai boleh menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan melalui portal MyTax di pautan tertera. Semakan sekatan perjalanan juga boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia.

Menurut LHDN lagi, pembayar cukai yang mempunyai tunggakan dan dilarang ke luar negara juga dinasihat menghubungi pejabat cawangan terdekat. Cawangan LHDN yang dihubungi perlu yang bertanggungjawab mengendalikan fail cukai individu berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini