Unjuran hasil daripada cukai langsung berjumlah RM139.3 bilion menjelang 2022 adalah realistik dan boleh dicapai. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi memaklumkan, anggaran tersebut berdasarkan kutipan kasar cukai langsung secara keseluruhan.

Ini termasuk cukai korporat, petroleum, individu dan lain-lain, sebelum tuntutan bayaran balik. Sasaran itu seiring unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar; KDNK pada 5.9 peratus seperti diumumkan kerajaan.

Nisbah cukai langsung kepada KDNK negara pula mencatat aliran menurun sejak 2019 pada paras 9.5 peratus. Angka tersebut susut kepada 8.4 peratus tahun lalu dan dijangka berada pada 7.9 peratus pada 2022.

Mengulas struktur cukai negara dan kebergantungan kepada cukai langsung, beliau berpendapat sistem percukaian negara perlu bergerak ke arah trend semasa. Asas percukaian perlu diperluas meliputi lebih ramai penduduk antaranya menerusi cukai penggunaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini