Akibat menghisap gula-gula lolipop yang masam, lidah seorang kanak-kanak perempuan luka dan melepuh teruk.

Foto ini dikongsi ibunya sebagai usaha memberi amaran kepada ibu bapa lain, agar tidak membenarkan anak-anak mereka memakan gula-gula berasid.

Lapor Daily Star, Nikki Jurcuts yang merupakan bekas paramedik dan pendidik keselamatan kanak-kanak, menerima mesej teks bersama sekeping gambar daripada seorang ibu yang tertekan dengan insiden yang menimpa anaknya.

Kejadian difahamkan terjadi setelah kanak-kanak itu makan beberapa biji gula-gula masam kepunyaan abangnya.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini