Jaguh pemain perseorangan lelaki para negara, Cheah Liek Hou sedang giat membuat persiapan bagi menghadapi beberapa kejohanan besar tahun ini. Jurulatih badminton para kebangsaan, Datuk Rashid Sidek menyatakan antara yang menjadi fokus utama adalah Kejohanan Para Dunia dan Sukan Para Asia.

Beliau ditemui selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama UITM. MOU bertujuan memberi ruang kepada pelajar di fakulti pendidikan UITM, menerima latihan kemahiran yang mendalam berkenaan sukan badminton khususnya.

Sebelum ini Liek Hou mencipta sejarah menjadi atlet para pertama dalam sukan badminton yang memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini