Liga Juara-Juara Asia. Konfederasi Bolasepak Asia, AFC mengesahkan Jepun bakal menjadi tuan rumah bagi pusingan 16 terakhir, Suku Akhir dan Separuh Akhir untuk zon timur.

Melalui satu kenyataan, AFC memaklumkan Stadium Saitama bakal menjadi venue berpusat kepada LAPAN pasukan bersaing termasuk wakil Malaysia, Johor Darul Takzim, JDT.

Stadium berkenaan merupakan gelanggang utama pasukan Urawa Red Diamonds, yang menjadi lawan JDT pada pusingan 16 terakhir.

Aksi kalah mati itu dijadualkan berlangsung pada 18 dan 19 Ogos diikuti suku akhir pada 22 Ogos dan pusingan separuh akhir pada 25 Ogos.

Kesemua aksi menggunakan format satu perlawanan. Sementara itu, AFC memaklumkan pusingan penyingkiran bagi zon barat diadakan pada Februari tahun hadapan dengan venue tuan rumah akan diumumkan kemudian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini