Liga M3 tetap akan dilangsungkan tahun hadapan walaupun tidak cukup 20 pasukan seperti yang disasarkan.

Demikian dinyatakan Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Jelas beliau, pada awalnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarkan 20 pasukan, namun sehingga kini hanya 15 yang layak.

Manakala beberapa pasukan terpaksa ditolak kerana dokumentasi yang tidak lengkap. Liga M3 akan bermula pada bulan Februari tahun hadapan dan berakhir pada bulan September selepas di tangguhkan selama dua tahun akibat COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini