Undian Liga Negara-Negara UEFA.

Skuad England bakal berdepan cabaran getir apabila diundi bersama Itali dan Jerman.

Hungary pula melengkapkan Kumpulan A3 yang dianggap sebagai kumpulan maut bagi kejohanan yang dijadual bermula Jun tahun depan sehingga Jun 2023.

Dalam Kejuaraan Eropah sebelum ini, England kendalian Gareth Southgate menewaskan Jerman 2-0 pada peringkat 18 terakhir di Wembley sebelum tewas penentuan penalti kepada Itali di final.

Perancis memenangi edisi sebelum ini dengan menewaskan Sepanyol 2-1 pada final di Milan Oktober lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini