Saingan Liga Negara-Negara UEFA

Portugal berjaya memimpin Kumpulan A2 menundukkan Republik Czech 2-0, berkelebihan 2 mata di depan Sepanyol.

Sementara itu dalam satu lagi aksi, Sepanyol berjaya meraih kemenangan pertama selepas 3 perlawanan dengan menundukkan Switzerland 1-0.

Joao Cancelo dan Goncalo Guedes cemerlang apabila meledak gol pada minit ke-33 dan 38 di Stadium José Alvalade.

Ini adalah kemenangan kedua skuad pimpinan Fernando Santos selepas turut menang dengan Switzerland dan seri dengan Sepanyol seterusnya mendahului kumpulan A2 dengan 7 mata.

Sementara itu di Stade de Geneve, gol tunggal Pablo Sarabia pada minit ke-13 ketika menentang Switzerland menceriakan pengendali Sepanyol, Luis Enrique yang sebelum ini merekodkan dua keputusan seri.

Keputusan ini sekaligus meletakkan Sepanyol di tangga kedua kumpulan dengan 5 mata manakala buat Switzerland ini adalah kekalahan ketiga berturut dalam kempen ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini