Manchester United menang 3-1 mengatasi Burnley pada malam ulang tahun kelahiran bekas pengendali Alex Ferguson yang ke-80.

Ia petanda baik dalam usaha kelab itu memperkukuh kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Menurut pengurus, Ralf Rangnick, masih ada ruang untuk membaiki kelemahan pasukan.

Burnley sempat menyelitkan satu gol saguhati namun gagal mengubah keputusan.

Skuad Red Devils kini empat mata di belakang pasukan tangga keeempat, Arsenal namun kurang satu perlawanan.

Rangnick yang masih belum tewas sejak mengambil alih pasukan daripada Ole Gunnar Solskjaer, melakukan enam perubahan dengan menukar pertahanan serta meletakkan Jadon Sancho dan Edinson Cavani di bahagian serangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini