Saingan Liga Super Bola Jaring (NSL) 2022

Meskipun kehilangan sembilan pemain, pasukan Kedah Sunshine tetap berjaya bangkit menundukkan Melaka Mystic dengan keputusan 53 berbalas 41.

Ini merupakan kemenangan pertama buat pasukan dari Utara itu selepas 4 perlawanan di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Kedah yang turun tanpa kehadiran sembilan pemain masih dapat mengimbangi perlawanan dengan menahan asakan daripada Melaka.

Aishah Rahim dan Syazwani muncu watak penting pasukannya apabila masing masing menyumbang 28 dan 25 jaringan.

Skuad bimbingan Huslina Mohd Hussain kini boleh menarik nafas lega dengan 3 mata sulung mereka selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.


Dalam satu lagi aksi, Selangor Angles berjaya menewaskan pasukan di tangga ketiga liga, Perak Pheonix dengan 51 berbalas 42.

Ketua pasukan, Khairunnisa Nazri cemerlang melengkapkan 36 jaringan daripada 38 percubaan, sekali gus menghadiahkan kemenangan ketiga buat pasukannya sepanjang kempen ini.

Aksi lain, Pahang Tulips turut berjaya menang tipis menundukkan Negeri Sembilan Venom dengan 50 berbalas 46.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini