Terengganu FC (TFC) sudah bersedia untuk menghadapi cabaran sengit daripada pencabar-pencabar lain dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas berjaya melengkapkan senarai pemain skuadnya.

Perkara itu dilaungkan Ketua Pegawai Operasi TFC, Mohd Sabri Abas yang mengakui semua pasukan Liga M telah membuat persiapan lebih rapi daripada segenap aspek, termasuk pemilihan pemain dan taktikal.

Mohd Sabri berkata, TFC tidak melakukan banyak pertukaran dalam segi barisan pemain tempatannya dan lebih selesa untuk mengekalkan pemain lama.

Bagaimanapun skuad kendalian Nafuzi Zain itu melakukan rombakan besar-besaran ke atas ‘awang’ importnya bagi memberi impak lebih besar terutama pada bahagian serangan yang dilihat kurang menjadi musim lepas.

Pada musim ini, TFC membuat percaturan besar dengan membawa masuk Kpah Sherman dan menagih kembali khidmat Kipre Tchetche ke dalam skuad utama.

Selain Sherman dan Tchetche, TFC turut membariskan pemain import baharu dari Senegal, Pape Diakite, Luke Woodland dan Manuel Ott yang berdarah kacukan Jerman-Filipina.

Import lain yang dikekalkan ialah Jordan Mintah dari Ghana, Habib Haroon (Bahrain) dan Argzim Redzovic (Motenegro) yang sudah tiga musim bersama skuad Penyu.

Pada musim lalu, TFC menamatkan saingan Liga Super di tangga keempat selain mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini