Sabah FC sudah mula menawarkan kontrak baharu kepada pemain-pemainnya untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Pemain pertahanan skuad Sang Badak itu, Rawilson Batuil antara yang terawal menandatangani kontrak baharu bersama Sabah FC.

Pemain berumur 27 tahun yang berasal dari Kota Marudu itu sudah bersama Sabah FC selama lapan musim dan bakal menambah semusim lagi selepas sah mengikat kontrak baharu semalam.

Perkara itu disahkan sendiri Rawilson dalam perkongsian di akaun Facebooknya yang turut disertakan dengan gambar ketika dia menandatangi kontrak.

Namun, selain Rawilson, belum ada berita tentang pemain lain yang bakal kembali beraksi bersama Sabah, sebaliknya ada spekulasi mengatakan 16 pemain musim ini mungkin digugurkan.

Keputusan rasmi barisan pemain baharu skuad Sang Badak dijangka diketahui awal bulan depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini