Enam projek pembinaan bangunan baharu Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara bakal menjadi penanda aras usaha menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai antara yang terbaik di dunia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, lima daripadanya dijangka siap tahun hadapan dan 2024 manakala sebuah lagi IPD sedang dalam proses dokumentasi.

Beliau berharap pihak Jabatan Kerja Raya dapat memastikan semua kontraktor dilantik dapat menyiapkan semua projek mengikut jadual. 

Lima projek IPD yang sedang dalam pembinaan ialah di Muallim, Perak, Jeli, Kelantan, dan Lawas, Sarawak, Hulu Terengganu dan Klang Utara, Selangor.

Daruk Seri Hamzah sebelum itu merasmikan majlis Penyerahan Projek IPD Iskandar Puteri.

IPD Iskandar Puteri yang tertangguh sejak 2016 merupakan antara lapan projek yang dikenal pasti sebagai projek sakit di Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini