Lima juta penduduk di Tianjin, China kembali berkurung di rumah susulan arahan baharu perintah berkurung demi mengekang penularan Omicron.

Malah, semua perniagaan tidak penting diarah ditutup selain ujian saringan besar-besaran dilancarkan

Beijing pula berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi selaku tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk bulan depan.

Strategi “sifar-Covid” dilakukan melalui sekatan bersasar, sempadan dan kuarantin yang panjang.

Walaupun langkah itu telah mengekalkan jumlah kes baharu jauh lebih rendah berbanding di Amerika Syarikat dan Eropah namun penularan tempatan berlaku pantas di beberapa bandar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini