Lapan kawasan di Kelantan dikenalpasti berisiko berlakunya tanah runtuh berikutan keadaan cuaca tidak menentu termasuk hujan berpanjangan musim ini.

Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, lapan kawasan terbabit melibatkan lima daerah iaitu Gua Musang, Jeli, Bachok, Kuala Krai dan Pasir Mas. Kawasan di Gua Musang membabitkan Jalan Kuala Betis ke Lojing dan semua lokasi di Lojing berisiko berlaku tanah runtuh.

Lokasi lain, Batu 18, Jalan Timur Barat Jeli ke Gerik, Tebing Sungai Kampung Kuau di Bachok, Kampung Jalan Pohon Celagi, Pasir Mas dan di Kuala Krai membabitkan Lata Rek, Gunung Stong serta Kampung Chucuh Puteri.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasminan Surau Ar-Rasyidin di IPD Tumpat. Pasukan khas polis bertugas 24 jam memantau lokasi bahaya dan keadaan hujan dengan kerjasama bilik gerakan bencana kerajaan negeri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini