Sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan di Sudan maut akibat tindakan keras pihak berkuasa untuk menyuraikan bantahan antirampasan kuasa. Pertempuran tercetus di bandar Khartoum dan Omdurman.

Menurut Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan, empat mati ditembak, manakala seorang maut terhidu gas pemedih mata. Sebilangan besar penunjuk perasaan juga cedera terkena tembakan. Insiden pertempuran darah terbaharu itu menjadikan jumlah kesuluruhan mangsa terbunuh meningkat kepada 20 orang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini