Sekurang-kurangnya lima maut dan enam cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kelab malam di Panama City pada Jumaat.

Polis menyifatkan ia insiden terburuk pernah berlaku di kelab malam di negara itu.

Insiden dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara dua kumpulan jenayah.

Kejadian berlaku di kawasan  pelancongan popular .

Kawasan berkenaan baharu sahaja beroperasi selepas ditutup susulan sekatan mengekang penularan virus COVID-19.

Media tempatan melaporkan , kelab malam tersebut menganjurkan parti sempena Halloween yang bakal disambut tidak lama lagi.

Insiden pertembungan antara kumpulan jenayah di negara itu sering dikaitkan dengan perebutan dadah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini