Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, lima nilai pengkayaan keluarga menjadi fokus sambutan Bulan Keluarga Malaysia 2021 yang diterjemah menerusi K.A.S.I.H.

Menurutnya, K.A.S.I.H membawa maksud Kasih Sayang, Akhlak mulia, Sihat fizikal mental, Berilmu dan Harmoni. Jelasnya kesemua aktiviti yang diadakan akan dipaparkan dalam ‘microsite’ khas yang dibangunkan sempena BKM.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Persidangan Kependudukan Kebangsaan pada 16 hingga 17 November, Forum Konsultatif Keluarga pada 25 November, pertandingan aktiviti Cuti-Cuti Keluarga di Negeri Sembilan bermula dari 1 hingga 21 November dan banyak lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini