Lima petugas RTM Terengganu meraih lapan anugerah pada Majlis Apresiasi Media anjuran Kerajaan Negeri. 
 
Wartawan Muhammad Taufik adanan, Noorazilla Md Sani dan jurukamera Nur Atyka Jusoh muncul juara bagi tiga daripada empat kategori yang dipertandingkan. Kesemua pemenang masing-masing pulang wang tunai RM1,500 ringgit berserta sijil penyertaan dan trofi.
 
Anugerah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah, menerusi majlis yang diadakan secara dalam talian. Turut tersenarai, wartawan Azrul Faizal Jusoh berada di tempat kedua bagi kategori kebajikan, wanita, keluarga,kesihatan dan pendidikan di tempat keempat bagi kategori rencana dan isu semasa. 

Manakala, wartawan Siti Jamilah Hanim Jamil berada di tempat ketiga bagi kategori rencana dan isu semasa. Pelancaran majlis disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini