Lima rumah kedai serta 25 buah kenderaan musnah dijilat api dalam satu insiden kebakaran di Jalan Beserah, Kuantan, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani mengesahkan, tiada kecederaan atau kematian yang dilaporkan.

Menurutnya, sebaik sahaja menerima laporan pada pukul 12.47 pagi, seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Indera Mahkota dan Gebeng, dikerah ke lokasi kejadian bersama 6 jentera.

Akibat kebakaran, kelima-kelima rumah kedai itu musnah sepenuhnya.

Jelas beliau, punca kebakaran masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini