Lima termasuk seorang wanita ditahan di tiga daerah di Kedah kerana memiliki dadah.

Tangkapan dibuat dalam sekatan jalan raya yang dibuat sempena Op Selamat Tahun Baharu Cina.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Suprintendan Mohd Mahiri Hussin, tangkapan pertama melibatkan seorang suri rumah bersama dua rakan lelakinya di Kilometer 57
Jalan Alor Setar-Butterworth.

Pemeriksaan menemukan sejumlah syabu, ganja dan heroin.

Ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah.
 
Di Hi-Tech Kulim pula, seorang juruelektrik ditahan bersama 1.6 gram syabu.

Dia juga didapati positif dadah.

Satu lagi tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki di Kilometer 32 Jalan Alor Setar – Butterworth.
 
Pemeriksaan menjumpai setengah gram heroin bersamanya yang turut positif dadah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini